Monday, December 28, 2009

SALAM TAHUN BARU 1431H & 2010

Assalamualaikum....
Salam Tahun Baru 1431 & 2010 buat semua rakan2 blog...Semoga Tahun 2010 memberikan lebih sinar baru buat kita semua. Jadikan yang terbaik pada 2009 sebagai pendorong untuk meneruskan kejayaan yang lebih baik pada 2010. Segala kekurangan dan kelemahan kita ambil dan jadikan pengajaran untuk kemajuan dan kecemerlangan kita pada tahun 2010.
Marilah kita teruskan perjuangan dalam agenda membela Agama dan Bangsa. Kita pertahanankan kemakmuran Tanahair kita. Jangan kita biarkan kuda-kuda tunggangan dan boneka-boneka orang yang berkepentingan diri menjatuhkan dan melemahkan kita. Apa yang penting niat kita, perlu diikhlaskan dan perjuangan perlu kita teruskan...SELAMAT MAJU JAYA....

Sunday, August 23, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 2

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Saturday, August 22, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 1

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah) Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK

Cindaiteja nak mengucapkan Salam Ramadhan buat semua yang melayari blog Cindai...Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi keinsafan buat kita semua. Semoga Ramadhan ini jua akan menjalinkan ukhwah dan kasih sayang buat kita semua...Jagalah setiap perilaku kita agar pahala ramadhan kita tidak berkurangan.....Cindaiteja doakan semua bloger agar mendapat keberkatanNYA di bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya....

Tuesday, August 4, 2009

JUTAWAN SAMAN

Pagi tadi Cindaiteja minum dengan kawan cindai, kawan kepada kawan cindaiteja tu selalu terima sms dari Agendanews....Bagus juga Agendanews ni cepat dan tepat beritanya...Kawan Cindaiteja tu tersenyum ngan kawan dia baca sms tu. Cindai pun tumpang sekaki la...macam berita best je...Cindai kata kat kawan Cindai tu forward la kat cindai, cindai nak tulis dalam blog.... Beritanya seperti dibawah:-

TAHUKAH ANDA -tolak terbaru Anwar nak saman TPM RM100 juta, jumlah terkumpul Penasihat PKR tu saman pengkritiknya sejak 1999 ialah RM250 juta-Agendanews

ANWAR 1- 1999 akhbar The Sun, Dr Mahathir 2006 NST, D Nala 2008 Dr Chandra, Khairy, D Wee Kah Siong dan 2009 D Anifah Aman, TPM.-Agendanews

ANWAR 2- Dr. Mahathir tulis di chedet.com baru-baru ini HOW TO MUZZLE YOUR CRITIC cara terbaik untuk tutup mulut orang kritik ialah sam RM100 juta.-Agendanws

ANWAR 3 - Komen D nala mengenai saman Anwar. Saya amat gembira untuk bertemunya di mahkamah kerana akan dapat dedahkan perkara yang sebenar.-Agendanews

ANWAR 4- Apapun kerana taktik. Jutawan saman ini lengah-lengah segala macam kini kesemua kes-kes saman ini masuk dikategorikan orang dah lupa.-Agendanews

Ini la berita yang disenyumkan oleh kawan-kawan cindai tadi...Senyum kerana ada juga pemimpin kat Malaysia ni berfikiran bodoh macam ni...sikit-sikit saman. Elok la kita bagi kat Anwar ni gelaran JUTAWAN SAMAN!

Monday, August 3, 2009

RUGI,RUGI RUGI...

Apa nak jadi dengan Pakatan Pembangkang ni? Apa pentingnya Demonstrasi ni? Cindaiteja tak nampak langsung kepentingannya kepada rakyat Malaysia...Demonstrasi ni mencemarkan imej negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, Cindaiteja rasa sedih sangat, di mana semangat sayangkan negara diaorang ni....Tapi yang lebih penting lagi demonstari yang dilakukan oleh pembangkang Sabtu lalu merugikan ramai Orang Melayu. Banyak Permis perniagaan yang terpaksa tutup ekoran daripada demonstrasi itu...Kementerian Wilayah Persekutuan mengganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh AKta Keselamatan (ISA). Kompleks Pernas Sogo terpaksa tutup operasi dua jam. Lebih 200 premis perniagaan dan peniaga pasar malam Jalan TAR mengalami kerugian... Lebih 143 bazar di jalan masjid India terima tempiasnya. Mydin tanggung kerugian RM300,000. Cuba kita lihat kerugian ini melibatkan siapa? Majoriti ORANG MELAYU yang mengalami kerugian ini....Sebab tu Cindaiteja kata tak ada untungnya Perhimpunan ini.

Ini bukan kerana nak membela rakyat yang kononnya ISA perlu dimansuhkan. Tapi ini semua adalah kepentingan politik pemimpin pembangkang terutamanya Anwar. Anwar akan buat macam-macam lagi supaya seluruh rakyat Malaysia lupakan kisah liwat dia. Yang bodoh bin pandir adalah orang yang berarak di jalanan itu, termakan dengan hasutan pemimpin pembangkang. Kalau ditanya kepada mereka entah-entah ada yang tak tahu apa itu ISA...Mungkin ada yang hanya nak berseronok atau nak tunjuk mereka kuat. Yang lagi teruknya pemimpin PAS ni. Ikut je Anwar tu. Mereka ni dah macam tak ada prinsip sendiri. Orang Islam tak buat kerja macam ni. PAS pun sekarang ni dah jarang cakap pasal Islam. Wahai orang PAS Anwar tu ada kepentingan peribadi baik ngan korang. Dulu dia tu paling kuat kutuk korang. hai Lu Fikir la Sendiri orang PAS oi...

Apa yang lebih cindaiteja kesalkan adalah penglibatan kanak-kanak dalam demontrasi ini. Kalau betul la mereka libatkan anak-anak mereka untuk mencapai kepuasan agenda politik mereka, memang tak patut. Sepatutnya sebagai ibu bapa kita kena ajar anak supaya berperilaku baik tak pun hari-hari minggu kita bawa anak kita berjalan-jalan, pergi ke perpustakaan atau kita duduk sahaja kat rumah teman mereka belajar. Kot ya pun nak ajar anak jadi pejuang bukan ini caranya...

Perhimpunan jalanan ni memang menjadi kesukaan Anwar, Anwar la yang memulakan demonstrasi jalanan ni. Kalau sekadar berdemonstrasi sesama dia je, tak la kita kisah sangat. Ini tidak orang lain terpaksa mengalami kerugian demi nafsu politik mereka. Macam ni ke Pemimpin yang patut kita ikut. Sepatutnya seorang pemimpin sepatutnya setiap hari fikir bagai mana nak memajukan rakyat. Bukan sahaja kita kerugian wang ringgit tetapi masa pun dibazirkan oleh mereka.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama fikir. Janganlah korang merugikan diri sendiri. Buatlah yang terbaik untuk diri dan semua. Sudah-sudah la korang ikut perhimpunan jalan ni. kalau kena tangkap, siapa yang susah. KORANG & KELUARGA KORANG! Anwar lak senyum gelihati tengok kebodohan korang.....

Wednesday, July 29, 2009

LIDAH TOK GURU TERGELINCIR

Assalamualaikum...dah lama Cindaiteja hilang di pena Maya ni...hari ni terpanggil untuK menulis kembali....Cindai cukup sedih, geram, marah semua ada...Ni kerana seorang tua yang dipanggil Tok Guru oleh ramai orang terutama orang Kelantan...Cindai ni tak la reti politik tapi Cindai tahu kestabilan politik tu penting untuk kemajuan Negara.

Bercakap pasal tok guru ni...apa kena dia ni sekarang....seorang ulama sepatutnya tahu kawal emosi, jaga mulut, hormat orang dan segala yang baik la. Kenyataan "PERGI JAHANAMLAH UMNO" tak sepatutnya keluar dari mulut dia. Kalau dari mulut Anwar tu memang kita tak heran...UMNO tu ahlinya MELAYU & ISLAM. Kenyataannya tak beradab tu menghina orang Islam sebenarnya....Ni la akibatnya kalau dah berkawan dengan Drakula Agen Penghasut(DAP) dan Parti Kelentong Rakyat(PKR). Apa yang Cindai nampak UMNO cuma mahu yang terbaik untuk Melayu dan Islam tapi Tok Guru ni takfikir semua ni. Marilah rakyat Malaysia, kita harus sedar sekarang...PAS ni dah tak utamakan Islam...mereka pun buat sesuatu bukan untuk rakyat tapi ada kepentingan peribadi.

Mak Cindai selalu pesan "apa pun orang kata kat kita, kita jangan maki orang, jangan keluarkan perkataan kesat dekat orang. Allah ada, biarkan DIA yang memberi balasan". Kalau mak cindaiteja yang cuma surirumah biasa, tahu nak jaga mulut kenapa orang macam tok guru ni dah tersasar adab sopannya. Jadi Cindaiteja nak nasihat kat orang UMNO....Jangan percaya dah cakap orang PAS ni, Jangan Layan dah diaorang dan buat je kerja untuk orang ramai...RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Tok guru dah nyanyok agaknya....

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH JENTERA BN...

Cindaiteja antara orang yang tertunggu-tunggu keputusan PRK Manek Urai....Tadi kat blog pahangdaily kata PAS akan menang 1700++ undi kat Manek Urai tapi hakikatnya dah terbukti pengundi Manek Urai dah tolak parti yang suka sangat menuduh orang lain tak Islam. Apa yang diperkatakan oleh PAS nampaknya dah ditolak oleh orang Manek Urai. 65 undi yang sungguh memalukan PAS! Bagi cindaiteja BN tak kalah yang kalah hanya undi tapi BN menang sokongan rakyat, BN menang maruah!
Nampaknya ini petanda yang cukup baik buat BN. Manek Urai membuktikan rakyat tak tolak BN. Apa yang pasti, PAS tak akan sedar diri. Mereka pasti menuduh BN macam-macam. Husam Musa kata UMNO main wang sehinggakan majoriti PAS merosot. Sokongan orang muda pun dah jauh merosot. Dalam keadaan begini percayalah orang PKR tak akan bagi support PAS.
Cindaiteja tengok PRK kali ini menampakkan kematangan UMNO, SMART WORK . Konsep 1 stop centre memang cukup praktikal. Keikhlasan dan kerja keras Jentera tak sia-sia..

KEPUTUSAN MANEK URAI PENTANDA BN KEMBALI MEMENANGI HATI RAKYAT .WALAU TEWAS BN MENANG MARUAH MENERUSI PERJUANGAN DAN KEIKHLASAN KEMPEN ....Tahniah PM, TPM dan jentera Parti.

Wednesday, July 8, 2009

Sains Dan Matematik Dalam BM dan Bahasa Ibunda 2012-Muhyidin


PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan."Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak daripaddasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan."Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik."Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar."Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007."Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI."Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).Sumber :http://www.bernama.com/

FILEM BARU







Tengahari tadi Cindaiteja dapat email dari seorang rakan. Dia kata ada promo filem baru, tengok la iklannya kat atas tu......

KEPUTUSAN PPSMI

Hari ini akan ditentukan sama ada Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan atau dihentikan.

Pandangan dan idea daripada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, pensyarah, guru dan pelajar pasti telah diambil kira bagi memastikan keputusan itu memanfaatkan semua pihak.


Pada hakikatnya, sebarang keputusan Kabinet itu pasti mengambil kira pelbagai faktor, realiti, emosi tanpa tekanan atau kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu termasuk politik.
Cadangan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah mendapat tentangan hebat khususnya daripada kalangan pejuang bahasa dan budaya sejak enam tahun lalu.

Mengimbau kembali cetusan idea PPSMI pada 2002 dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada 2003 - perjalanannya menempuh ranjau yang penuh berduri.
Tujuh tahun lalu idea pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Keputusan kerajaan melaksanakan PPSMI adalah dengan matlamat untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Sains dan Matematik di kalangan pelajar.

Namun, pelaksanaan menggunakan bahasa Inggeris diteruskan sekalipun banyak pihak melihat PPSMI tidak banyak membantu penguasaan bahasa Inggeris kalangan pelajar.

Mengimbau kembali cetusan idea PPSMI pada 2002 dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada 2003 - perjalanannya menempuh ranjau yang penuh berduri.
Tujuh tahun lalu idea pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah
Ada pihak melihat langkah mengejut yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei 2002 dan dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada Julai 2002 adalah satu tindakan yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Lalu banyak kritikan dan kecaman dilemparkan oleh pelbagai pihak kepada Kementerian Pelajaran sejak 2003 supaya PPSMI dihentikan.
Paling konsisten memperjuangkan supaya PPSMI dimansuhkan ialah Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. Beliau menggesa kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PPSMI kerana ia dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar.

Gapena tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI yang dilihat boleh mengetepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar Perlembagaan negara.

Pendekatan cendekiawan Melayu dan ahli politik daripada parti pembangkang dalam memperjuangkan misi penentangan mereka terhadap dasar PPSMI cukup berbeza. Pendekatan secara intelektual lebih berkesan daripada aksi kasar demonstrasi di jalanan.
Selama tiga tahun janji 'kita akan kaji semula setelah selesai pusingan pengajaran PPSMI' kini berada di garisan penamat.
Apakah PPSMI akan memasuki gelanggang seterusnya atau terhenti dalam tempoh ditentukan kelak, sama-sama kita nantikan keputusannya.

GURINDAM PRASANGKA...

Ada prasangka baik…
Ada prasangka buruk…


Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu
kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu
kerana bersedekah kepada fakir
Mana tahu yang masam itu
kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu
kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana
cergas dan cerdasnya
(Jauhi sikap suka berprasangka kerana
ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.)

ANWAR KE MAHKAMAH LAGI

Pagi ni Anwar ke mahkamah lagi. Tak habis-habis lagi kes dia ni..Tapi kes ni ditangguhkan lagi ke 15 Julai, dulu tangguh anwar yang sakit tapi hari ini tangguh kerana Peguam Utamanya Suleiman Abdullah sambung cuti sakit... Dekat mahkamah hari ni Ketua Pemuda PKR terjerit-jerit melaungkan reformasi yang dah basi. Itu je la Pemuda PKR tahu buat....Semalam katanya akan bawa 5000 orang pemuda ke mahkamah tapi hari muncul 400 orang je. Mana lagi 4600 orang? Agaknya yang selebih tu fikir lebih baik pergi cari makan untuk keluarga daripada menjerit-jerit macam orang sawan babi...Ikut ceritanya mungkin diaorang dah tahu kes ni akan ditangguhkan lagi, itu yang tak ramai datang. Tapi kalau kita setia datang je la kan....ini buktinya diaorang ni pandai cakap je....Gah di luar kosong di dalam! Anwar ni pun satu saja je nak lengah-lengahkan kes. Ni semua cubaan dia nak jejaskan kredibiliti mahkamah ataupun dia takut nak hadapi semua tuduhan yang memang dia buat pun...Kenapa dia takut sangat yek? Berani kerana benar la Bro!

Anwar kat semua tuduhan ni fitnah terhadap dia...Cindaiteja pun tak faham fitnah apa lagi?Pada tahun 1998, orang Islam di seluruh negara; dan di Kelantan hampir 150ribu orang berdoa di Stadium KB, solat hajat meminta kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran- ADAKAH TUN MAHATHIR JAHAT DAN MENGANIAYAI ANWAR IBRAHIM DAN DITIMPA BENCANA ATAS FITNAH YANG DILEMPARKAN. Namun sudah 11 tahun berlalu, tidak ada musibah berlaku kepada TUN Mahathir kerana melakukan menfitnah Anwar Ibrahim. Bahkan TUN berjaya menjadi PM yang terhebat sehingga melepaskan jawatan secara hormat pada 2003.

Wahai Anwar sampai bila nak tutup pekung diri sendiri. Ingatlah KEBENARAN AKAN MENENGGELAMI KEBATILAN....

Monday, June 15, 2009

ANWAR & CHIN PENG


Sebagai rakyat malaysia yang berterima kasih kepada perjuangan ORANG MELAYU menentang PKM, cindaiteja tidak bersetuju chin peng dibawa balik ke Malaysia...Berapa ramai rakyat Malaysia dulu yang teraniayai dengan kekejaman PKM yang diketuai oleh Chin Peng...Chin Peng tak pernah kesal memimpin PKM dan menzalami rakyat Malaysia pada ketika itu malah dia berbanggga dengan apa yang telah dilakukan. Dia pernah menulis dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya...Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. kami telah membayar harga ke atas impian kami....saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.") Ia turut disokong oleh DSAI.


Chin Peng merupakan orang yang bertanggungjawab dengan KEGAGALAN Rundingan baling dengan berkeras menuntut agar PKM diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.


bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalakan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangssaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi ChinPeng. Persoalan ini tercetus dari orang yang tidak memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya MEMBUNUH rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya..


( Anwar kononya pemikir dan pemimpin hebat untuk orang Melayu, kenapa perkara ini pun tak boleh dia nak fikir....dimana sentimen dan perasaan dia sebagai manusia? cindaiteja walaupun tak hidup di zaman Komunis pun dapat terasa perit jerihnya orang dulu menentang dan hidup dizaman Komunis. Kalau kita nak jaga kaum cina bukan ini caranya Anwar woi! Agaknya dia nak chin peng balik ke malaysia untuk jadi guru dia, supaya senang di rampai kerajaan dan seksa rakyat Malaysia....Anwarkan, dia sanggup buat apa sahaja demi cita-cita peribadi dia tercapai...)

Monday, June 8, 2009

FIKIRKANLAH....

Seminggu dah Cindaiteja tinggalkan ruangan maya ni...sekadar bersama orang-orang tersayang meluangkan sedikit waktu... Sekali sekala kita kena ambik masa juga untuk diri dan keluarga. Cindaiteja pergi ke luar negara. Melihat tempat orang..jauh lebih baik bumi Malaysia..aman & damai. Terima kasih Pemimpin Kerajaan BN kerana menjadikan Tanahair kita ini seaman dan semakmur ini! Tapi bukan itu yang nak Cindaiteja tulis..Hari ini banyak blog pro Pembangkang & Pro UMNO yang cindaiteja baca. Cindaiteja ni tak la reti sangat pasal politik ni. tapi bila terbaca kisah si HUSAM yang dah semakin nak KUSAM ni, terpanggil la cindaiteja nak tulis juga.

Cindai setuju dengan diaorang bahawa Husam ni bukan sahaja akan memusnahkan PAS tapi akan menghancurkan orang Islam dan orang Melayu. Kalau dia adalah orang kuat DSAI jadi perlu apa dia ada dalam PAS. Kenapa tak duduk aja dalam PKR. Ini adalah kerana Anwar mahu PAS tinggal nama sahaja. Ideologi dan suara semua milik PKR! nasib baik dia kalah kalau menang lagi la Anwar naik tocang...Bila PAS & UMNO nak bersatu demi Islam dan Melayu golongan Erdogan ni tolak mentah-mentah kerana mereka lebih suka bersatu dengan DAP. Anwar bukan kira apa yang dia buat, janji dia dapat kuasa. Biar Melayu dan Islam merana pun tak apa, janji dia dapat apa yang dia nak. Husam ni nak tumpang tuah la kononnya. Nasib baik para perwakilan Muktamar PAS masih ada pertimbangan...

Tak tau la cindaiteja....walaupun tulisan cindai ni sempoi tapi fikir-fikirkanlah wahai pengikut PAS. Jangan nanti anta-ante semua digunakan oleh Anwar dan Husam sudah...

Tuesday, May 26, 2009

INSAFLAH


Setiap hari Cindaiteja asyik tulis pasal politik tanahair sahaja. Hari ni Cindaiteja terpanggil untuk menginsafkan manusia yang tak tahu nak hargai diri sendiri. Semalam cindaiteja layari satu blog kawan sekolah dulu. Ada la gambar kotak-kotak maut yakni KOTAK ROKOK beserta gambar yang cukup menggerunkan. Kepada semua Perokok, INSAFLAH! hargai diri anda. Bagus juga kerajaan Malaysia ni, semua perkara Kerajaan ambil berat, sampai orang yang nak bunuh diri pun kerajaan ambik berat. Apa lagi yang rakyat nak agaknya...dari perkara yang sebesar-besarnya, kerajaan jaga sampai la perkara yang sekecil-kecilnya. Ada kawan Cindaiteja yang dulu hisap 2 kotak sehari sekarang dah hisap sekotak kerana tak berapa nak lalu tengok kotak rokok tu. Ada juga kawan Cindaiteja yang lepas makan dah tak merokok lagi kerana nak termuntah tengok kotak rokok. Tapi ada juga manusia yang tak reti bahasa, dia buang kotak, rokok isi dalam bekas lain. Ada manusia ni yang tak reti nak hargai bantuan yang orang bagi. Samalah macam pembangkang. Tak reti nak menghargai apa yang kerajaan dah buat. Jangan dah terantuk baru nak tengadah. TAHNIAH Kerajaan atas usaha murni ni. INSAFLAH perokok dan pembangkang! (hehehe, tak leh lari la dari bercakap pasal politik)

Monday, May 25, 2009

MOGOK LAPAR, TINDAKAN YANG KEBUDAK-BUDAKKAN



Tindakan Pakatan Rakyat(PR) untuk mengadakan MOGOK LAPAR, seolah-olah macam dah terdesak dan tak ada cara lain. Hanya ini ke yang mampu difikirkan olah Pemimpin dalam PR? Cari lah jalan yang lebih ilmiah dan tidak membebankan rakyat. Wahai orang Perak anda sebenarnya telah tertipu dan terseksa. Ada ke Bos anda semua suruh buat mogok lapar...ish...ish. Mogok Lapar ni sering dilakukan oleh parti Politi di luar negara terutama di India untuk meraih simpati rakyat. Kakak-kakak, adik-adik, abang-abang, makcik - makcik mahupun pakcik-pakcik di Perak...Cindaiteja nak bagitau, Bumi Malaysia ni penuh dengan makanan yang lazat-lazat dan melimpah ruah rezeki Allah SWT...orang kat India sana tak apa lah kalau mereka nak mogok lapar pun sebab mereka memang kebanyakannya tak ada makanan! Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Al Tantawi pun tak setuju dengan Pakatan Rakyat nak buat mogok lapar. Kot ya pun anda semua pengikut yang setia, tapi kalau dah memudaratkan jangan la ikut...tak pasal-pasal terjejas pula kesihatan nanti...Pakatan Rakyat ni tak berpakat agaknya..PR buat PAS tak setuju...

Monday, May 18, 2009

CERITA DARI AGENDANEWS

Tulisan ini Cindaiteja ambil dari berita agendanews yang dipetik dari handphone kawan cindaiteja...

JAMAL 1- Banyak cerita menarik dikorek dalam interview 3 jam Agendanews dengan YB jamaluddin radzi, bekas ADUN PKR Behrang, Perak yang lompat jadi bebas. Agendanews

JAMAL 2- Rupanya pernah jadi ahli DAP tahun1986. Masuk PKR lepas reformasi ingat boleh berjuang. Dapat tubuh kerajaan Perak lain ceritanya. Agendanews

JAMAL 3- Kalau beliau gila nak jadi MB, selain lompat balik ke DAP yang nak wakil rakyat Melayu jadi MBnya, beliau boleh tuntut dari BN masa lompat jadi bebas. Agendanews

JAMAL 4 - saya bekas posmen rasa jadi exco pun gementar. Saya lompat jadi ADUN Bebas atas prinsip dah tak tahan tengok Nizar, JUAL MELAYU pada DAP. Agendanews


JAMAL 5 - Mulanya ingat BN rancang kes rasuah saya dan YB Osman Jailu. Banding kes TKM P.Pinang Fairus letak jawatan dan kes kami, syak ia kerja PKR. Agendanews

JAMAL 6 - Masa kerajaan Pakatan Rakyat tengok 2 x 5 macam tuduh UMNO. ramai nak rebut projek, minta balak dan lain-lain. interview penuh di
http://www.agendadaily.com/ esok. Agendanews

(Oleh sebab itu kepada seluruh rakyat Malaysia, fikir-fikirkan. Cindaiteja dapat agak nanti Pembangkang akan kata YB Jamal ni dah kena bayar....itulah seperti selalu, apabila ada yang buka pekung n kurap kat dada diaorang(pembangkang), diaorang akan tuduh ini agenda UMNO. Kepada YB Jamal, TAHNIAH kerana anda telah membuat pilihan bijak dan terima kasih diatas keikhlasan anda yang SAYANGKAN MELAYU!)

Monday, May 4, 2009

JANJI TINGGAL JANJI

Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli

PASIR PUTEH 3 Mei – Pas mengakui masih gagal memenuhi tuntutan ahlinya dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terutama membabitkan isu penutupan kilang arak.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, parti itu hanya memainkan peranan minoriti dalam kerajaan negeri kerana masih bergantung pada konsep muafakat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
‘‘Kita masih gagal memenuhi tuntutan ahli Pas yang mempersoalkan bilakah usaha untuk menutup kilang arak di Selangor dilaksanakan.
‘‘Masalah ini berlaku kerana pemimpin Pas yang menerajui negeri ini masih tidak mencapai tahap majoriti namun tetap mendapat sokongan padu daripada masyarakat Cina dan India di negeri itu,’’ katanya.

"Petikan di atas cindaiteja ambil dari Utusan Online. Cindai nak tanya dimana kekuatan PAS?PKR dan DAP tidak akan benarkan PAS mendapat mojoriti di Selangor. Percayalah! Wahai PAS, jangan kerana nak kan sokongan kaum lain, anda jadi orang yang hipokrit, TIPU PENGUNDI ANDA! Hilang perjuangan menegak ISLAM...Masa nak menang pilihanraya macam-macam boleh janji. Bila dah menang ada sahaja alasan....memang selalu macam itu.....Sampai bila PAS nak takut dan ikut telunjuk PKR & DAP? Jawapannya sampai bila-bila.

Kepada pengundi PAS kat Selangor, jangan la anda semua tertipu lagi....PAS tidak akan kemana pun. PKR &DAP ni bukan suka sangat kat korang. Sekarang pun dah ada hasutan mungkin, supaya PAS dipimpin oleh golongan professional bukan Ulama, supaya senang diaorang nak masuk jarum.....

Orang Pahang, ingatlah jangan termakan janji mereka, mereka ini bukan sepakat pun. Tengok slogan aja sudah lah. PAS dengan slogan PAS, PKR dengan slogan PKR begitu juga dengan DAP. Mcam mana nak berpakat sebenarnya...Jangan nanti dah terantuk baru nak terngadah....Jangan nanti PAKATAN ni PAKAT tipu kita....haru biru la jawabnya....Fikir-fikirkanlah..............

Wednesday, April 29, 2009

AKTIVITI KAKI LELAKI


Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.
Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Tersengih-sengih si anwar ni. syok punya pasal....tak ke perkara macam ni memalukan orang Malaysia...memang tak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang minat berurut tapi jangan la keluar TV live...awak tu dah la dikenali ngan minat kat oghe jate...Macam ni ke pemimpin Parti yang katanya islamik, bergabung ngan parti PAS yang islamik juga? Mana maruah kita beb!

Kesian kat pengikut dia yang masa tu bekerja keras nak tawan Bukit Gantang & Bukit Selambau, pulun habis habis habisan. Tapi bos dia ni sempat gi berfoya-foya....kononnya nak tunjuk la dia tu pemimpin global, masuk tv negara sana, masuk tv negara sini...tapi kalau masuk tv sambil berfoya-foya ni namanya syok sendiri....

Satu bab lagi, kesian kat anak isteri anwar yang setia tu....kalau betul-betul perangai busuk suami & ayah tak habis-habis lagi....sedih woi.....patut lah dalam satu ceramah si anwar ni kata "Azizah tak branak dah...." bukan sebab Isteri dia tua tapi sebab dia tak minat sangat kot kat kaum jenis yang lain....marilah kita muhasabah diri untuk kita dapatkan pemimpin yang baik dan mulia....

sebahagian cerita dan sumber didapati dalam:-
Sumber : http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=51&Itemid=83

Monday, April 27, 2009

TAKUT KE?

Hari ni dalam akhbar Sinar Harian, PAS tolak penglibatan SPRM pantau pemilihan. Dianggap tidak perlu kerana tidak akan ada salah laku. Cindaiteja nak tanya kenapa takut? Tak perlu atau Takut? Kalau tak buat, nak takut apa? Biarlah SPRM pantau. Tolong tengok-tengok kan. Kalau betul-betul bersih tak payah la takut. Bagi je SPRM buat kerja....Ni tak awal-awal lagi dah takut...

Thursday, April 23, 2009

PAS HILANG FOKUS

PAS, yang dahulunya dikatakan Parti Islam yang memperjuangkan Islam sepenuhnya...Hukum Hudud, Halal Haram semua PAS jaga. Tapi itu dulu. Jika dahulu kita lihat kelantangan PAS sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan Islam, memperjuangkan orang Melayu dan menjadi pemantau salah laku moral tetapi jika kita lihat sekarang semua tu tenggelam dek kerana Pakatan yang mereka bina. Bercampuk aduk dengan agenda lain ........ Orang PAS nak buktikan kepada PKR, DAP yang mereka juga bagus, begitulah sebaliknya. Kerana nak buktikan mereka ni berpakat dalam Pakatan, sampai PAS sanggup mengenepikan prinsip mereka. Apa pun kata mereka, Ely tu tetap buat kesilapan moral...Muslimat PAS pun duduk kat belakang Ely, muka mereka pun nampak tak puas hati tapi apa nak buat PAKATAN la katakan.....Wahai orang-orang PAS sedarlah...kalau kat Pahang ini, Dato Fauzi bukan main lagi nampaknya berangan nak jadi MB. Malam ceramah kat Beserah tu, siap MC memperkenalkan dia sebagai bakal MB Pahang (berangannya...)dia pun datang ke depan pentas melambai-lambai...kesian lak rasa kat pemimpin-pemimpin PAS hok yang dari dulu kerja keras....patutnya ante semua yang berhak bukan Dato Fauzi (itupun kalau pakatan rakyat boleh ambik kubu BN ni). PKR ni baru je nak bertatih kat Pahang tapi lagaknya macam dia la yang dari dulu lagi....Kalau hal macam ni orang PAS tak leh nak fikir, tak tau la macam mana semangat perjuangan ante-anti semua mempertahankan parti dan pemimpin korang. Orang PKR ni, diaorang ambik kesempatan kat PAS! PKR ni dah kucar kacirkan PAS! Sedarlah.......

Monday, April 20, 2009

PROTON EXORA JADI PROTON "REXONA"



Malam sabtu lalu kawan cindaiteja pergi dengar ceramah Anwar kat Beserah, dia cerita kat cindai 1 cerita kelakar mengenai ADUN Beserah. Tak tau la dia nak kait apa mengenai keluaran terbaru kereta Proton iaitu Exora. YB PAS ni dengan semangat cakap, semalam kita lihat satu lagi kereta keluaran Proton iaitu "REXONA"! Apa da...tu nama ubat ketiaklah YB. Ni la, kalau bercakap, asyik nak mengutuk orang je. Awak tu Ustaz YB...Agak-agaknya ni la sebab kalau asyik baca Harakah je daripada Utusan Malaysia...Ilmu pengetahuan yang budak Tadika pun tahu, dia boleh tak tau...Apa nak buat, tu la pembangkang cakap je sedap..lepas ni agaknya YB Dun Beserah ni guna ubat ketiak apa lak agaknya dalam ceramah dia!...

Friday, April 10, 2009

KABINET RAKYAT

Salam Tahniah buat semua Menteri & Tim. Menteri yang baru dilantik. Semoga Kabinet Rakyat ini akan terus memacu negara ke satu tahap yang lebih gemilang. Dan juga harapan akar umbi moga kabinet ini semesra namanya.....Gandingan mantap baru & lama dalam kabinet ini cukup meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu yang reti berfikir....Petang semalam saya bersama beberapa pemimpin di peringkat cawangan UMNO, mereka menyambut baik perlantikan kabinet baru, kata mereka Tok Najib bijak & berani. Apa yang bijak & berani kita semua fikirlah sendiri. Saya yakin dan pasti, siapa pun menteri yang dipilih, pembangkang mesti "pot-pet, pot pet"...tak puas hati memanjang....nama pun pembangkang. Ada saje yang tak kena. Tapi kita ni kalau nak membangkang biar la kena pada tempat! Ini tak, apa saje kita buat semua tak betul, apa je yang diaorang buat semua betul....Pemimpin diaorang suka kaum sejenis pun diaorang kata betul..tula Pembangkang. Ada sesetengah pemimpin diaorang dulu kaya sebab UMNO, tapi bila dah tak ada tempat dalam UMNO @ tak dapat jadi somebody dalam UMNO, diaorang tukar parti. Orang tak da prinsip macam ni, yang dok sokong buat apa!!!!.... MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSATU DALAM SATU WADAH PERJUANGAN.....HIDUP UMNO!

Friday, April 3, 2009

PENYAMBUNG LEGASI TUN RAZAK


Penglibatan Najib dalam politik tanpa dirancang akhirnya membawa beliau menyambung legasi keluarga Razak. Inilah kali pertama anak seorang Perdana Menteri menduduki jawatan tertinggi yang pernah dipegang oleh bapanya.

Sudah 33 tahun Tun Razak meninggalkan kita. Tempoh enam tahun memimpin dimanfaatkan oleh Allahyarham dengan menyediakan platform kukuh dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal negara.
Bangkit daripada pengalaman hitam 13 Mei 1969, Tun Razak bersama barisan kabinetnya merencana pelan terbaik untuk membina satu warga yang bersatu. Biarpun mereka dipisahkan oleh sempadan rumpun bangsa, bahasa dan kepercayaan yang berbeza.
Bapa Pembangunan itu juga amat sinonim dengan inisiatifnya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pembukaan tanah-tanah rancangan Felda.

Hakikatnya, Tun Razak tidak hanya meninggalkan semua itu untuk kita. Malah, beliau mewariskan kepada negara satu lagi 'hadiah' yang tidak ternilai harganya - seorang insan bernama Najib.

Pemergian mendadak dan tidak terduga Tun Razak pada usia 54 tahun, iaitu pada 14 Januari 1976, akibat penyakit leukemia, telah mengubah laluan kerjaya beliau secara dramatik.
Mendapat sokongan padu daripada UMNO Pahang, kekosongan kerusi Parlimen Pekan kemudian diisi oleh Najib, graduan jurusan Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, England yang ketika itu baru berusia 23 tahun.
Najib sekali gus memegang rekod dipilih menjadi Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Malaysia. Sebelum itu, beliau sempat berkhidmat di Bank Negara dan Petronas selaku Pengurus Hal Ehwal Awam.
Di kalangan pemimpin senior, tidak ramai yang yakin Najib mampu mengharungi segala sepak terajang politik nasional tanpa bekal nama gah Allahyarham bapanya. Namun, Najib membuktikan beliau berjaya berdiri di atas meritnya sendiri.

Pengalaman berjuang begitu lama dalam politik sehingga dilantik sebagai orang nombor satu negara sememangnya menjadi aset paling berharga buat Najib.
Sepanjang menyaksikan kepimpinan empat orang Perdana Menteri silih berganti, Najib tentunya memperoleh banyak pendedahan tentang cara terbaik menyelesaikan masalah dan memaksimumkan peluang.

Biar apa pun tanggapan serta harapan rakyat terhadap seorang lelaki bernama Najib, yang pastinya beliau datang daripada 'benih' terbaik dan akan terus berusaha membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

TAHNIAH







Cindaiteja nak ucapkan Tahniah buat YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak yang telah dilantik sebagai PM Malaysia yang ke-6. Cindaiteja amat yakin kepimpinan baru ini akan menguatkan lagi Pentadbiran & UMNO. Bukan itu sahaja ianya akan menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan. YAB Dato Sri Najib memang ada aura dan ketegasan. Itu yang buat pembangkang 2, 3 hari ini menggelabah macam cacing kepanasan. Sekalung Terima kasih jua buak Pak Lah yang telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat & tanahair...

Monday, March 16, 2009

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cindaiteja tiba-tiba teringat nak cerita pasal Pengerusi Perhububungan PKR Negeri Pahang.....Bukan nak kutuk tapi cindaiteja nak semua "Pengikut Baru" dia tahu. Nak kasi tau je.... Cindaiteja pernah berborak dengan hero(kononya la) PKR ni, masa tu dia masih lagi YB BN. Cakap dia bukan main semangat lagi. Masa tu Cindaiteja budak-budak lagi. Dalam hati kata bagus betul pokcik ni. Dai kata kat cindai, kalau awak toreh tangan saya ni, tak ada darah lain mengalir melainkan darah DARAH UMNO. Jiwa dan hidup saya demi perjuangan UMNO. Apa pun yang terjadi saya tetap bersama UMNO.Amboi bukan main lagi dia...Tapi hari ni kalau kita toreh tangan dia, tak ada dah darah merah UMNO tu...Masa nak dekat pilihanraya 2004, cindai jumpa lagi dia, dia bagitau lagi, kalau dia tak dapat jadi calon pilihanraya, dia akan turun juga membantu calon yang terpilih. Sampai la habis pilihanraya, tak pernah cindai tengok muka dia....nampak sangat la..... tapi masa tu cindai tak sedar lagi yang dia cakap tak serupa bikin. PKR suka la orang macam ni... Satu hari cindai borak ngan orang-orang lama kt kawasan dia jaga dulu. Diaorang kata dia ni suka memaki orang. Eh! ye ke. Tapi bila dah ramai yang cakap maknanya betul latu..Ada satu pakcik nasihat cindai, kita ni biarlah badan pendek jangan akal pendek. Tapi pengerusi PKR Pahang ni dua dia pendek. Badan & Akal!!!! Jadi sedarlah lah wahai orang-orang PKR sape ketua korang ni... Cakap pun tak serupa bikin! Macam mana nak pimpin korang. Nanti korang jadi macam ORANG BUTA KEJAR KUCING HITAM DALAM BILIK YANG GELAP.....langgar dinding la jawabnya. Esok-esok bila korang dah tak bagi dia tempat dia jadi lak katak lompat kat tempat lain....

Tuesday, March 10, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL & SELAMAT HARI WANITA




Assalamualaikum.....
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua rakan bloggers.....Moga kita semua dilindungi Illahi dan saya doakan Perjuangan kita akan diberkati. Hayatilah kata kata dibawah....

  • Sebelum meminta orang melakukan baginda Rasulullah S.A.W lebih awal mengamalkan. Sebelum dipohon baginda lebih awal memaafkan. Baginda tidak mengenal dendam kerana seluruh hidupnya hanyalah kasih sayang. Baginda memilih kebenaran biarpun ditawarkan matahari dan bulan. baginda memilih kesederhanaan biarpun di tangannya bisa tunduk sekalian kekuasaan


Jua Selamat Hari Wanita buat seluruh wanita di Malaysia...."Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia". Jadilah tangan yang berguna demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair......

Sunday, March 8, 2009

BULI SALAH SIAPA?

Masalah buli disekolah muncul lagi. Khamis lalu, satu kes remaja ditekap seterika panas oleh kawannya sendiri. Namun kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Tahniah buat Kong dan Mohd Azwan kerana dapat menyelesaikan perselisihan ini dengan baik. Moga perkara ini menjadi pengajaran buat mereka dan jua buat seluruh remaja Malaysia. Bertindaklah mengikut akal bukannya nafsu. Ini antara kes yang dapat diselesaikan. Isu buli bukalah perkara baru kepada masyarakat dalam negara kita. Menurut kata Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia), pembuli biasanya terdiri daripada 3 golongan. Iaitu:-

  1. Membuli untuk mendapatkan perhatian
  2. Mahu menunjuk kekuasaan atau pengaruh
  3. Kemahiran Intra Personal yang sangat rendah

Namun begitu kes buli seperti ini siapa yang patut disalahkan? Ibu bapa, guru, rakan atau diri sendiri? Saya membicarakan isu ini bersama keluarga dan beberapa rakan. Kebanyakannya menyalahkan remaja itu sendiri dan ibu bapa. Kata mereka ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengetahui sikap dan gerak geri anak mereka. Dalam era globalisasi ini peranan ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan seperti makan, minum dan wang saku sahaja. Mereka merupakan orang yang paling dekat dan memahami jiwa anak remaja mereka. Jadi ruangkanlah lebih banyak masa bersama mereka dan jadikanlah rumah sebagai tempat yang paling selesa untuk anak-anak kita. Apa pun sebenarnya kesedaran dalam diri remaja sebenarnya yang menjadi perkara utama dalam menangani semua masalah yang melibatkan remaja...

Satu ketika saya ke kedai sayur bersama ibu saya, seorang lelaki yang juga pengunjung kedai tersebut berkata, "Kerajaan punya pasallah sampai remaja jadi seperti ini". Lantas ibu saya menjawab, " Kenapa nak disalahkan kerajaan? Anak kita, kita la jaga. Kalau Encik seorang anak pun tak boleh dan sukar hendak dijaga, cuba bayangkan bagaimana seorang pemimpin nak jaga kita semua. Kerajaan dah bagi kita macam-macam kemudahan. Nak cari duit bagi makan anak pun senang...salahkan diri sediri la...". Saya pun menyampuk juga..."betul tu....". Ada kebenarannya kata-kata ibu saya tadi..sama-samalah kita renungkan....Bagi pihak yang belah sana tu...jangan nak salahkan kerajaan saja.......

Friday, March 6, 2009

KANAK-KANAK & RUKUNEGARA

Minggu lepas saya menghadiri satu program di sebuah sekolah rendah. Saya amat kagum dengan pertanyaan seorang pelajar berusia 8 tahun. Soalannya "apakah saya tahu apa itu RUKUNEGARA". Saya menjawab dan menerangkan apa yang perlu kanak-kanak tersebut tahu. Kemudian saya cuba menguji adik comel tersebut dengan meminta beliau memberitahu saya apa dia RUKUNEGARA. Dia dengan dengan bangga menyebut satu persatu...1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetian Kepada Raja & Negara. 3. Keluhuran Perlembagaan. 4. Kedaulatan undang-undang. 5. Kesopanan & Kesusilaan. Akhirnya adik bijak itu berkata kepada saya "cikgu kata siapa yang tidak tahu RUKUNEGARA jangan jadi rakyat Malaysia...."
Saya menjadi kembali sedar bahawa institusi pendidikan masih lagi memainkan peranan yang amat penting dalam menerapkan semangat kenegaraan kepada kanak-kanak. Seawal mungkin kita sepatutmya menanamkan rasa sayangkan negara dan semangat nasionalisme kepada anak-anak kita...Kalau ini dapat kita tanamkan, saya pasti apa yang berlaku hari ini seperti menderhaka kepada kepada sultan, tidak menghormati perlembagaan dan perundangan serta jenayah sosial dapat dikurangkan atau mungkin tidak terus berlaku... Apa pun tahniah buat guru yang telah berjaya mendidik dan menanamkan semangat kenegaraan kepada adik comel tersebut!!!!

SALAM UKHWAH.....


Assalamualaikum, selamat pagi & salam siber....

Kepada semua bloggers, i'm here....inilah hari pertama saya bersama rakan-rakan di alam maya...Apa sahaja buah fikiran, pandangan atau keluhan demi kemajuan bangsa, agama & tanahair akan saya kongsi bersama sahabat sekalian...

Semoga interaksi diantara kita semua memberi kebaikan & natijah yang baik buat semua....adiossss.....