Sunday, August 23, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 2

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Saturday, August 22, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 1

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah) Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

Friday, August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK

Cindaiteja nak mengucapkan Salam Ramadhan buat semua yang melayari blog Cindai...Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi keinsafan buat kita semua. Semoga Ramadhan ini jua akan menjalinkan ukhwah dan kasih sayang buat kita semua...Jagalah setiap perilaku kita agar pahala ramadhan kita tidak berkurangan.....Cindaiteja doakan semua bloger agar mendapat keberkatanNYA di bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya....

Tuesday, August 4, 2009

JUTAWAN SAMAN

Pagi tadi Cindaiteja minum dengan kawan cindai, kawan kepada kawan cindaiteja tu selalu terima sms dari Agendanews....Bagus juga Agendanews ni cepat dan tepat beritanya...Kawan Cindaiteja tu tersenyum ngan kawan dia baca sms tu. Cindai pun tumpang sekaki la...macam berita best je...Cindai kata kat kawan Cindai tu forward la kat cindai, cindai nak tulis dalam blog.... Beritanya seperti dibawah:-

TAHUKAH ANDA -tolak terbaru Anwar nak saman TPM RM100 juta, jumlah terkumpul Penasihat PKR tu saman pengkritiknya sejak 1999 ialah RM250 juta-Agendanews

ANWAR 1- 1999 akhbar The Sun, Dr Mahathir 2006 NST, D Nala 2008 Dr Chandra, Khairy, D Wee Kah Siong dan 2009 D Anifah Aman, TPM.-Agendanews

ANWAR 2- Dr. Mahathir tulis di chedet.com baru-baru ini HOW TO MUZZLE YOUR CRITIC cara terbaik untuk tutup mulut orang kritik ialah sam RM100 juta.-Agendanws

ANWAR 3 - Komen D nala mengenai saman Anwar. Saya amat gembira untuk bertemunya di mahkamah kerana akan dapat dedahkan perkara yang sebenar.-Agendanews

ANWAR 4- Apapun kerana taktik. Jutawan saman ini lengah-lengah segala macam kini kesemua kes-kes saman ini masuk dikategorikan orang dah lupa.-Agendanews

Ini la berita yang disenyumkan oleh kawan-kawan cindai tadi...Senyum kerana ada juga pemimpin kat Malaysia ni berfikiran bodoh macam ni...sikit-sikit saman. Elok la kita bagi kat Anwar ni gelaran JUTAWAN SAMAN!

Monday, August 3, 2009

RUGI,RUGI RUGI...

Apa nak jadi dengan Pakatan Pembangkang ni? Apa pentingnya Demonstrasi ni? Cindaiteja tak nampak langsung kepentingannya kepada rakyat Malaysia...Demonstrasi ni mencemarkan imej negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, Cindaiteja rasa sedih sangat, di mana semangat sayangkan negara diaorang ni....Tapi yang lebih penting lagi demonstari yang dilakukan oleh pembangkang Sabtu lalu merugikan ramai Orang Melayu. Banyak Permis perniagaan yang terpaksa tutup ekoran daripada demonstrasi itu...Kementerian Wilayah Persekutuan mengganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh AKta Keselamatan (ISA). Kompleks Pernas Sogo terpaksa tutup operasi dua jam. Lebih 200 premis perniagaan dan peniaga pasar malam Jalan TAR mengalami kerugian... Lebih 143 bazar di jalan masjid India terima tempiasnya. Mydin tanggung kerugian RM300,000. Cuba kita lihat kerugian ini melibatkan siapa? Majoriti ORANG MELAYU yang mengalami kerugian ini....Sebab tu Cindaiteja kata tak ada untungnya Perhimpunan ini.

Ini bukan kerana nak membela rakyat yang kononnya ISA perlu dimansuhkan. Tapi ini semua adalah kepentingan politik pemimpin pembangkang terutamanya Anwar. Anwar akan buat macam-macam lagi supaya seluruh rakyat Malaysia lupakan kisah liwat dia. Yang bodoh bin pandir adalah orang yang berarak di jalanan itu, termakan dengan hasutan pemimpin pembangkang. Kalau ditanya kepada mereka entah-entah ada yang tak tahu apa itu ISA...Mungkin ada yang hanya nak berseronok atau nak tunjuk mereka kuat. Yang lagi teruknya pemimpin PAS ni. Ikut je Anwar tu. Mereka ni dah macam tak ada prinsip sendiri. Orang Islam tak buat kerja macam ni. PAS pun sekarang ni dah jarang cakap pasal Islam. Wahai orang PAS Anwar tu ada kepentingan peribadi baik ngan korang. Dulu dia tu paling kuat kutuk korang. hai Lu Fikir la Sendiri orang PAS oi...

Apa yang lebih cindaiteja kesalkan adalah penglibatan kanak-kanak dalam demontrasi ini. Kalau betul la mereka libatkan anak-anak mereka untuk mencapai kepuasan agenda politik mereka, memang tak patut. Sepatutnya sebagai ibu bapa kita kena ajar anak supaya berperilaku baik tak pun hari-hari minggu kita bawa anak kita berjalan-jalan, pergi ke perpustakaan atau kita duduk sahaja kat rumah teman mereka belajar. Kot ya pun nak ajar anak jadi pejuang bukan ini caranya...

Perhimpunan jalanan ni memang menjadi kesukaan Anwar, Anwar la yang memulakan demonstrasi jalanan ni. Kalau sekadar berdemonstrasi sesama dia je, tak la kita kisah sangat. Ini tidak orang lain terpaksa mengalami kerugian demi nafsu politik mereka. Macam ni ke Pemimpin yang patut kita ikut. Sepatutnya seorang pemimpin sepatutnya setiap hari fikir bagai mana nak memajukan rakyat. Bukan sahaja kita kerugian wang ringgit tetapi masa pun dibazirkan oleh mereka.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama fikir. Janganlah korang merugikan diri sendiri. Buatlah yang terbaik untuk diri dan semua. Sudah-sudah la korang ikut perhimpunan jalan ni. kalau kena tangkap, siapa yang susah. KORANG & KELUARGA KORANG! Anwar lak senyum gelihati tengok kebodohan korang.....