Monday, June 20, 2011

BERSIH YANG KOTOR


Ada ke BERSIH yang KOTOR? Macam pelik je bunyinyakan? Cindai pu pelik mulanya dengar kengkawan cerita BERSIH tapi KOTOR ni apa yang mereka cakap ni..

Tapi bila baca kat suratkhabar kat internet kat blog kat FB baru la cindai tahu....BERSIH tu maknanya "Gabungan Plihanraya Bersih dan Adil", yang akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ni. Perhimpunan ni diketuai oleh Pakcik Mat Sapu..eh silap Mat Sabu....

Apa yang pentingnya perhimpunan ni? Tak mengganggu ketenteraman awam ke? Tak mencemarkan imej negara ke?

Perhimpunan ni dah tentunya akan menganggu ketenteraman awam. Yang pasti ia juga akan mencemarkan imej negara kita....tak setuju betul cindai!

Cindai rasa perhimpunan ni sekadar nak tunjuk kehebatan Mat Sapu...eh...Mat Sabu yang baru menang Timbalan Presiden PAS. Patutnya bila menang fikir la macam mana nak menjayakan hudud ke membangun orang-orang Islam ke....

Betul la cakap kawan-kawan Cindai...."BERSIH" yang KOTOR

*(Gambar kat atas cindai ambil kat semuthitam80.blogspot.com...time kasih ye...)