Sunday, March 8, 2009

BULI SALAH SIAPA?

Masalah buli disekolah muncul lagi. Khamis lalu, satu kes remaja ditekap seterika panas oleh kawannya sendiri. Namun kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Tahniah buat Kong dan Mohd Azwan kerana dapat menyelesaikan perselisihan ini dengan baik. Moga perkara ini menjadi pengajaran buat mereka dan jua buat seluruh remaja Malaysia. Bertindaklah mengikut akal bukannya nafsu. Ini antara kes yang dapat diselesaikan. Isu buli bukalah perkara baru kepada masyarakat dalam negara kita. Menurut kata Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia), pembuli biasanya terdiri daripada 3 golongan. Iaitu:-

  1. Membuli untuk mendapatkan perhatian
  2. Mahu menunjuk kekuasaan atau pengaruh
  3. Kemahiran Intra Personal yang sangat rendah

Namun begitu kes buli seperti ini siapa yang patut disalahkan? Ibu bapa, guru, rakan atau diri sendiri? Saya membicarakan isu ini bersama keluarga dan beberapa rakan. Kebanyakannya menyalahkan remaja itu sendiri dan ibu bapa. Kata mereka ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengetahui sikap dan gerak geri anak mereka. Dalam era globalisasi ini peranan ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan seperti makan, minum dan wang saku sahaja. Mereka merupakan orang yang paling dekat dan memahami jiwa anak remaja mereka. Jadi ruangkanlah lebih banyak masa bersama mereka dan jadikanlah rumah sebagai tempat yang paling selesa untuk anak-anak kita. Apa pun sebenarnya kesedaran dalam diri remaja sebenarnya yang menjadi perkara utama dalam menangani semua masalah yang melibatkan remaja...

Satu ketika saya ke kedai sayur bersama ibu saya, seorang lelaki yang juga pengunjung kedai tersebut berkata, "Kerajaan punya pasallah sampai remaja jadi seperti ini". Lantas ibu saya menjawab, " Kenapa nak disalahkan kerajaan? Anak kita, kita la jaga. Kalau Encik seorang anak pun tak boleh dan sukar hendak dijaga, cuba bayangkan bagaimana seorang pemimpin nak jaga kita semua. Kerajaan dah bagi kita macam-macam kemudahan. Nak cari duit bagi makan anak pun senang...salahkan diri sediri la...". Saya pun menyampuk juga..."betul tu....". Ada kebenarannya kata-kata ibu saya tadi..sama-samalah kita renungkan....Bagi pihak yang belah sana tu...jangan nak salahkan kerajaan saja.......

1 comments:

Unknown said...

btul3...ibubapa dan guru serta PIBG seharusnya memandang berat tentang perkara ini..salahlaku di kalangan remaja sekarang ini hendaklah dibendung dengan seberapa segera agar dapat menyelamatkan bakal pemimpin-pemimpin Negara di masa hadapan...