Minggu lepas saya menghadiri satu program di sebuah sekolah rendah. Saya amat kagum dengan pertanyaan seorang pelajar berusia 8 tahun. Soalannya "apakah saya tahu apa itu RUKUNEGARA". Saya menjawab dan menerangkan apa yang perlu kanak-kanak tersebut tahu. Kemudian saya cuba menguji adik comel tersebut dengan meminta beliau memberitahu saya apa dia RUKUNEGARA. Dia dengan dengan bangga menyebut satu persatu...1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetian Kepada Raja & Negara. 3. Keluhuran Perlembagaan. 4. Kedaulatan undang-undang. 5. Kesopanan & Kesusilaan. Akhirnya adik bijak itu berkata kepada saya "cikgu kata siapa yang tidak tahu RUKUNEGARA jangan jadi rakyat Malaysia...."
Saya menjadi kembali sedar bahawa institusi pendidikan masih lagi memainkan peranan yang amat penting dalam menerapkan semangat kenegaraan kepada kanak-kanak. Seawal mungkin kita sepatutmya menanamkan rasa sayangkan negara dan semangat nasionalisme kepada anak-anak kita...Kalau ini dapat kita tanamkan, saya pasti apa yang berlaku hari ini seperti menderhaka kepada kepada sultan, tidak menghormati perlembagaan dan perundangan serta jenayah sosial dapat dikurangkan atau mungkin tidak terus berlaku... Apa pun tahniah buat guru yang telah berjaya mendidik dan menanamkan semangat kenegaraan kepada adik comel tersebut!!!!
Friday, March 6, 2009
KANAK-KANAK & RUKUNEGARA
Posted by cindaiteja at 11:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya masa kecik2 selalu baca rukun negara di perhimpunan pagi isnin. huhuhu..
alhamdulillah..sesamelah kita memastikan anak generasi bangsa kita kekal harmoni dibumi sendiri.
Post a Comment